mangsa meriam

mangsa meriam

Saturday, August 28, 2010

buat para isteri

Subject: Dosa gugur apabila isteri bersalam dengan suami







*Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam*






Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang


bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia


dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira


kepada suaminya dan memohon kerelaannya."






Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana


senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki


suami ketika pulang dalam keletihan.






Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan


menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga


isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan


daripada suami.






Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila


suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat


dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun


isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.






Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan


isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.






Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan


ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada


orang tua.






Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.


Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya


terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam


rumahtangga.


Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri


yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.






Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk


seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara,


ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan


suaminya."






Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari


keredhaan Allah melalui keredhaan suami.


======================================================================


= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :






"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir


kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan


dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."






--

luasnya neraka

LUASNYA NERAKA



Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah. ...

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, suami/isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.



Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami

sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.



Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YAA LLAH......AMIN. ....



.: Luasnya Neraka :.



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,



maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'



Jawabnya: ' Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa

aman dari padanya.'



Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat

Jahannam.'



Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menj adik an Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga

merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.



Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.



Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan ca ir sampai ke bawah

bumi yg ke tujuh.



Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar

orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya a ir panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.



Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'



Nabi s.a.w. bertanya: ' Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'



Jawabnya: ' Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di

bawah dari l ain nya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang l ain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)



Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail:

'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan

orang-orang yg kaf ir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga F ir 'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,



Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.



Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,



Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.



Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'e ir .'



Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'



Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'



Maka nabi

s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan



sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'



Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'



Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang

selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab' Peringatan Bagi Yg Lalai')



Dari

Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.



Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:



1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat



2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah



3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung



4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah



5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik



6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak



7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum



8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor

ular



9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta

mengandungi lautan racun yang hitam pekat.



10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai



70,000 rantai



11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat



Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.



Al-Quran Su rah Al- Baqarah Ayat 159



Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Su ci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.



Dari Abdullah bin 'Amr R.A,



Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..



SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!



Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berd ir i tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.



Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'



Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.< /SPAN>



Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' S ir atul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.



Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wa nita yang mati kelah ir an/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka

itu dari

kalangan orang yang beriman.



Didalam satu riwayat yang l ain dari Jab ir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '



Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan

minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.



Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang dif ir man oleh Allah swt di dalam Su rah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'



* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang l ain .



Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Su rah Al- Baqarah : 237



Untuk renungan dan amalan bersama

..



DOA IKAN NUN

============

'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

ketagih facebook

Kepada kaki - kaki facebook hehe




"Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh siapkan makan?" Tanya Ali

kepada isteri yang sedang berada di bilik.



"Kejap, bang. Sayang tengah bagi 'kambing' makan ni." Jawab Aminah,

sambil terus melayan ternakan virtual dalam facebook, permainan yang

digilai ramai orang,



"Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena tunggu pulak?" Leter

suami yang setiap hari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekat

dengan facebook.



Sejam kemudian aminah pergi ke dapur. Didapatinya pinggan bekas makan

suami dalam sinki dan sebuah kuali di atas dapur. Suami, seperti

biasa, menggoreng sendiri telur untuk dijadikan lauk kerana tidak

dapat menahan lapar menunggu hidangan isteri.



"Mama, tolong Amar buat karangan ni. " Rayu Amar kepada ibunya,

Aminah malam itu.



"Amar buat dulu. Kejap lagi mama datang." Jawab ibunya. Aminah masih

meneruskan hobi melayan kawan2 lama dalam facebook.



Dua jam kemudian, selepas Aminah menutup komputer didapatinya Amar

sudah tertidur menangkup atas buku tulis dengan pensel di tangan.

Karangannya tidak habis ditulis. Terlalu lama menunggu mama yang

tidak kunjung datang membantu.



Aminah adalah salah seorang dari jutaan manusia yang menjadi mangsa

ketagihan facebook. Kes ketagihan facebook semakin parah dalam

masyarakat barat dan kini menyusupi masyarakat Malaysia yang menyerang

bukan saja



anak2 muda malah warga emas yang menghabiskan masa berjam2 menulis dan

menjawab status kawan2.



Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia

menyedut berjam-jam masa produktif yang sepatutnya digunakan untuk

melunaskan amanah dan tanggungjawab. Bagi pelajar masa yg sepatutnya

untuk membuat kerja sekolah, membuat assignment, membaca buku terbuang

begitu saja kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih kepada

facebook untuk melegakan perasaan.



Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook. Waktu

beribadah tahajjud pun boleh turut terjejas kerana tarikan facebook.



Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang

bandar jam 8 malam yang biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda

di ruang keluarga sambil menonton tv kini masing2 menghadapi facebook

di tempat masing2. Ibu dan ayah dg laptop masing2 di bilik. Anak2 di

bilik mereka atau di ruang tamu dan masing2 punya laptop sendiri.

Tiada bunyi, tiada suara kecuali bunyi keyboard dan suara bibik

sedang mencuci pinggan di dapur.



Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berko mun ikasi sesama sendiri.



Yang malangnya setiap orang sedang berfacebook dengan kawan2 masing

dan ahli keluarga tidak termasuk dalam senarai yang di 'add' sebagai

'friends'



dan tiada 'mutual friends' di kalangan ahli keluarga.



Ciri-ciri ketagihan facebook:



1. Tidak dapat berenggang dg. internet



2. *Terus mencapai facebook sebaik saja bangun* dari tidur, *sampai di

pejabat* atau sampai di rumah.



3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,



4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline



5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv



6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.



7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.



8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.



9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.



10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang

tiada internet.



Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan

keluarga, mencari teman2 lama atau siapa saja yg ingin dihubungi

sekiranya tidak dapat dihubungi dg tel. Adakalanya pada waktu2

kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.



Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi



anak2 generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana

mereka lebih suka duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan2

dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam

realiti.



Sesuatu yang baik itu boleh digunakan untuk keburukan jika kita mahu.



Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya

kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang

mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya,

orang lain dan alam seluruhnya.

Tuesday, August 24, 2010

sedarkah kita..?

DISINI KITA SEBAGAI UMAT ISLAM PERLU INSAF DENGAN APA YANG TERJADI DI INDONESIA,SEGALA MUSIBAH DAN BENCANA DIDARAT DAN DILAUT ADALAH DATANG DARI TANGAN MANUSIA,.KITA YANG MASIH DIBERI PELUANG HIDUP HENDAKLAH SEGERA KEMBALI KEJALAN ALLAH DAN RASUL.




SAYA INGIN MENGAJAK SEMUA UMAT ISLAM TIDAK KIRA BATAS AGAMA UNTUK SEDAR DAN INSAF,.APA YANG BERLAKU DI PADANG TELAH JELAH MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN DAN KEKUASAAN ALLAH,.DALAM SURAH KE 17 AL-ISRA' AYAT 16 DAN 58 MENCERITAKAN APE YANG BERLAKU,.



WAKTU GEMPA PERTAMA DI PADANG ADALAH JAM 17:16 DAN WAKTU GEMPA KEDUA ADALAH 17:58



TERNYATA DISINI BAHAWA ALQURAN ADALAH BENAR SEBENAR2NYA APE YANG BERLAKU TEPAT DENGAN MASA DAN KEADAAN.ANDA SEMAK ALQURAN 17:16 & 17:58



16. Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan kami), Kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.



58. Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu Telah tertulis di dalam Kitab (Lauh mahfuzh).



SEMOGA KITA KEMBALI KEPADA ALLAH BUKAN BERKIBLATKAN BUDAYA SONGSANG,TARIAN,NYANYIAN YANG MELALAIKAN UMAT.