mangsa meriam

mangsa meriam

Saturday, February 12, 2011

SEJARAH SELEMPANG MERAH"





Pemimpin Tentera Selempang Merah banyak berjasa halang kekejaman askar PKM di Batu Pahat, Johor

"SEKIRANYA tiada Panglima Salleh, mungkin tidak ramai penduduk asal Batu Pahat dan Muar di Johor yang masih hidup ketika ini kerana mereka mungkin mati dibunuh komunis," demikian ulas penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar ketika mengenang kembali sejarah perjuangan Salleh Abdul Karim yang kini semakin dilupakan ramai pihak.

Beliau berkata, jasa Panglima Salleh amat besar malah mungkin setaraf dengan perjuangan tokoh terdahulu seperti Tok Janggut dan Mat Kilau tetapi melewati masa, nama pahlawan itu semakin dilupakan dan tidak mustahil akan hilang dalam catatan sejarah negara, suatu hari nanti.

"Walaupun tidak banyak catatan mengenai perjuangan dan kehidupan beliau yang direkodkan dalam sejarah tanah air, nama Panglima Salleh tetap kekal diingati dan disebarkan menerusi lisan oleh penduduk sekitar Batu Pahat dan Muar.

"Walaupun hampir setengah abad tokoh pahlawan itu meninggal dunia, kisah keperwiraan Panglima Salleh tetap diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya di Johor dan semangat beliau dijadikan teladan buat anak muda hari ini," katanya.

Sememangnya benar berbanding dengan nama pahlawan lain seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Gajah atau Leftenan Adnan, mungkin ramai tidak mengenali siapakah Salleh Abdul Karim yang turut digelar Panglima Salleh.

Sumbangan Panglima Salleh amat besar, ketika komunis mengganas dengan menyeksa dan membunuh kejam penduduk tempatan sekitar Batu Pahat dan Muar, tokoh itu bangun 'mengamuk' menentang pengkhianat negara itu bagi mempertahankan maruah bangsa.

Tentangan hebat diberikan Panglima Salleh dan pasukan 'Tentera Selempang Merah' yang ditubuhkannya menyebabkan nama tokoh itu digeruni komunis sehinggakan mereka tidak berani lagi bermaharajalela dan menganiaya penduduk sekitar daerah berkenaan sesuka hati.

"Apa yang mengagumkan saya adalah Panglima Salleh sanggup 'turun padang' untuk bertempur dan memerangi sendiri askar komunis, beliau tidak takut mati malah sanggup mempertaruhkan darah dan nyawanya sendiri demi membela agama dan bangsa," katanya.

Menyedari tidak banyak catatan mengenai jasa dan sejarah kehidupan Panglima Salleh yang direkodkan, Dr Tuah mengambil inisiatif mengkaji seterusnya mengabadikan kisah pejuang itu dalam bukunya 'Membina Jati Diri Gemilang'.

"Riwayat hidup Panglima Salleh bermula apabila beliau dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar pada 1916," kata Dr Tuah seterusnya memulakan kisah perjuangan Panglima Salleh menentang komunis demi membela agama, bangsa dan negara.

Keperwiraan Salleh mula diasuh sejak kecil apabila beliau mula menuntut ilmu kepahlawanan daripada beberapa pendekar di Pagoh antaranya Haji Hussein, Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad ketika beliau berusia 13 tahun.

Ketika usia mudanya itu, beliau dikenali sebagai seorang yang agak 'nakal'. Ada cakap-cakap mengatakan dia pernah mencuri, bagaimanapun dia menyara hidup dengan menjadi peraih yang mengutip tanaman penduduk kampung untuk dijual di Batu Pahat.

Akan tetapi, kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941 mula menggugat kehidupannya lalu beliau berpindah ke Seri Medan yang menjadi lubuk Parti Komunis Malaya (PKM) seterusnya ke Parit Gantung, dekat Lopiak.

Pada zaman pemerintahan Jepun, komunis menerusi Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) masih dianggap sebagai antara pejuang penentang penjajah Jepun di Tanah Melayu malah mereka turut mendapat sokongan rakyat tempatan.

Berikutan itu, Salleh dipercayai menerima pelawaan PKM supaya menyertai pihak itu dan beliau diberi kepercayaan untuk mengutip cukai daripada penduduk kampung dan peniaga. Salleh juga turut diberi sepucuk pistol oleh PKM.

Bagaimanapun, Salleh tidak menyerahkan semua pungutan cukai itu kepada PKM sebaliknya beliau bertindak seumpama 'Robin Hood' apabila mengagihkan pungutan itu kepada penduduk susah dan miskin.

Tindakan itu menyebabkan PKM berang dan pada suatu malam, segerombolan komunis bertindak mengepung rumah Salleh. Bagaimanapun, ketika menyerbu masuk, mereka gagal menemui kelibat Salleh walaupun dia memang berada di dalam rumah berkenaan.

Mereka mengulangi serbuan selama tujuh malam berturut-turut tetapi masih gagal. Berang dengan kelicikan Salleh menyebabkan komunis memasukkan pemuda itu dalam senarai 'bertanam ubi' iaitu istilah bagi mereka yang akan dihukum bunuh oleh komunis.

Ketika itu PKM mula menunjukkan 'wajah' sebenar mereka. Berita kehilangan penduduk Mukim Empat secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan semakin menjadi-jadi. Selepas seorang, seorang lagi penduduk dilaporkan hilang secara misteri.

Penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada suku Banjar dan Jawa mula percaya yang kehilangan saudara mereka adalah angkara komunis berikutan mereka enggan tunduk kepada perintah dan arahan pihak terbabit.

Pihak komunis pula mengesyaki penduduk Mukim Empat berpakat dengan tentera Jepun untuk memerangi mereka menyebabkan mereka mula menangkap penduduk yang disyaki seterusnya dihukum bunuh.

Kemelut itu akhirnya menyebabkan penduduk tempatan mula menubuhkan 'Persatuan Muhammadiah' dalam usaha menentang komunis. Penduduk juga mula bangkit membela diri dan pembunuhan balas antara komunis dengan penduduk Mukim Empat semakin memuncak.

Ketika tentera Jepun di ambang kekalahan, komunis semakin bermaharajalela di Johor. Mereka mula mengganas dan menyeksa penduduk tempatan dengan zalim. Penduduk dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditanam hidup-hidup, diseksa sampai mati, direbus atau diseret di jalan sehingga ratusan penduduk menjadi mangsa mereka.

Pertemuan Salleh dengan seorang tokoh iaitu Haji Kadri pada petang 4 April 1945 akhirnya mula membenihkan semangat juang demi membela agama, bangsa dan tanah air di dalam hati sanubarinya.

* Ada dikatakan Kiyai Salleh juga belajar dengan Syeikh Kiyai Haji Fadhil bin Haji Abu Bakar al-Banten (Kiyai Fadhil) ulama' tasauf dan tarikat yang amat masyur ketika itu

Kesedaran tulus itu menyebabkan Salleh mula bangkit menentang komunis. Dengan pedang pusaka Raja Riau disisip di pinggang, berpakaian serba hitam, Salleh mula melangkah gagah memasuki gelanggang perang bersama doa dan bacaan ayat suci yang dibaca berulang kali.

Penyertaan Salleh dalam penentangan terhadap komunis menyebabkan namanya dicalonkan Haji Kadri supaya memimpin Persatuan Muhammadiah selepas pemimpin sebelum itu, Ijam Ahmad menarik diri.

Walaupun pada mulanya ada ahli tidak bersetuju dengan pencalonan Salleh berikutan ‘kenakalan’ tokoh itu ketika muda, akhirnya semua ahli akur untuk menerima Salleh sebagai pemimpin persatuan itu.

Ini berikutan Salleh dikenali sebagai seorang yang hebat dalam ilmu persilatan dan tinggi ilmu batin malah sikap gagah berani tokoh itu dilihat amat sesuai untuk mengepalai pasukan perang menentang komunis.

Sebaik dilantik, Salleh mula menyusun strategi dan mengumpul anak muda yang tidak gentar atau lemah semangat untuk bersama-samanya bertempur. Anak muda itu diajar amalan tertentu bagi menguatkan aspek kebatinan masing-masing.

Seterusnya di bawah pimpinan Salleh, serangan demi serangan mula dilancarkan pasukannya yang turut digelar 'Tentera Selempang Merah'. Serangan Tentera Selempang Merah terhadap komunis tercetus di seluruh Batu Pahat dan Muar.

Selain serangan secara berpasukan, Salleh juga bertindak berani apabila berbasikal seorang diri hampir setiap malam semata-mata untuk mencari komunis bagi dibunuh dan dicantas kepalanya.

Di bawah bimbingan Salleh, semangat perjuangan di kalangan penduduk ketika itu amat berkobar-kobar dan mereka mula merancang satu serangan besar-besaran terhadap komunis di Bandar Penggaram.

Bagaimanapun, serangan itu berjaya dihalang Datuk Onn Jaafar dan tokoh politik itu sebaliknya cuba mengaturkan perdamaian antara pihak Salleh dengan komunis.

Lalu pada 15 September 1945, pada satu pertemuan di Tangkak, Muar, akhirnya pemimpin PKM dan Salleh akur untuk mengadakan perdamaian selepas tiga hari berbincang.

Bagaimanapun, perjanjian damai itu akhirnya dikhianati komunis apabila mereka terus melakukan angkara dan membunuh kejam penduduk tempatan terutama apabila Jepun menyerah kalah.

Pengkhianatan itu segera membangkitkan kemarahan Salleh dan beliau kembali mengumpul pasukan Tentera Selempang Merahnya untuk kembali menentang komunis Bintang Tiga itu. Serangan berterusan dan semakin ramai komunis yang maut di tangan pahlawan itu.

Jasa Salleh dalam usaha menghapuskan komunis menyebabkan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim memberi gelaran 'Panglima' kepadanya pada 26 Disember 1945 malah beliau turut dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat, Batu Pahat.

Selepas menabur begitu banyak jasa terhadap agama, bangsa dan tanah air, Panglima Salleh akhirnya meninggal dunia di Hospital Besar Johor Bahru pada 21 April 1959 iaitu selepas hampir dua tahun negara beroleh kemerdekaan.

Tokoh pahlawan itu meninggal dunia akibat penyakit bengkak paru-paru sekali gus meninggalkan nama dan keperwiraannya sebagai sebuah kisah pejuang ulung yang meniti daripada bibir ke bibir.

Komunis terkejut tubuh tak lut peluru

SELAIN semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang begitu membara, kehebatan Panglima Salleh dipercayai terletak pada kekuatan ilmu batin yang dikuasainya sehingga menyebabkan ramai komunis takut untuk berhadapan dengan tokoh itu.

Pengkaji yang juga penulis novel sejarah, Zaharah Nawawi, berkata berdasarkan kajiannya mengenai sejarah hidup dan perjuangan Panglima Salleh, ramai kenalan atau pihak yang mengenali tokoh itu menceritakan bahawa kekuatan ilmu batinnya menyebabkan beliau mampu melakukan beberapa perkara luar biasa.

"Mengikut cerita, beliau boleh menjelma seperti kucing, menyelinap masuk ke dalam rumah daripada celah lubang yang kecil malah boleh mengghaibkan dirinya.

"Bagaimanapun, beliau menggunakan ilmu batin yang dikuasainya ke arah kebaikan iaitu dengan memerangi komunis," katanya yang mengabadikan kisah perjuangan Panglima Salleh dalam novelnya 'Panglima Salleh Selempang Merah' yang diterbitkan pada 1988.

Zaharah berkata, kehebatan ilmu batin Panglima Salleh juga menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh sehingga menyebabkan komunis berasa gerun tatkala berhadapan dengan tokoh itu ketika pertempuran.

"Bayangkan, peluru komunis macam hujan tetapi tidak kena pada jasadnya, yang kena hanya batang pokok. Ketika itu komunis melihat tubuh Panglima Salleh menjadi gergasi dan mereka menembak ke atas jadi kena pokok saja.

"Ketika Panglima Salleh pergi ke Batu Pahat pula, seluruh bandar sunyi sepi kerana musuhnya melihat di langit tertera kelibat gergasi hitam menyebabkan mereka takut dan melarikan diri," katanya.

Katanya, antara kehebatan Panglima Salleh yang menjadi buah mulut ramai pihak adalah cerita mengenai komunis yang melihat parang milik Tentera Selempang Merah terbang mencari kepala mereka untuk dicantas ketika pertempuran.

Pasukan Panglima Salleh juga dikatakan menggempur komunis dengan menggunakan senjata tradisional seperti parang dan tombak walaupun pengganas itu menggunakan senjata api.

Panglima Salleh sendiri memiliki sebilah pedang luar biasa yang diperoleh beliau di Kampung Tebing Tinggi. Pedang istimewa warisan pusaka Raja Riau itu diberikan seorang lelaki bernama Taib sebagai bayaran tukaran kepada segantang beras yang ingin dibeli Taib daripada Salleh. Pedang itu dikatakan mampu memberi tujuh kesan cantas dengan sekali libasan.

Zaharah berkata, tubuh fizikal Panglima Salleh hanyalah kecil tetapi semangat dan keberaniannya menyebabkan beliau tidak gentar menentang komunis malah turut sama menyertai pertempuran. Panglima Salleh juga dikatakan memiliki kebolehan melentur besi.

Sebelum turun untuk memerangi komunis, Panglima Salleh akan melakukan amal ibadat tertentu antaranya berpuasa, berzikir serta mengamalkan bacaan wirid tertentu malah kaedah persediaan serupa turut dilakukan pengikutnya.

"Sebelum bertempur, Panglima Salleh akan memilih pengikut berasingan mengikut kampung, beliau akan memilih pengikut yang tidak terlalu tua atau terlalu muda dan akan menepuk bahu bagi menguji tahap keberanian pengikut yang ingin menyertainya berperang.

"Selepas itu beliau akan menyuruh pengikut terbabit berkumpul di rumahnya untuk melakukan persediaan dengan beramal ibadat, solat hajat dan menikmati jamuan," katanya.

Seterusnya semua pengikut terbabit akan meminum air dari tempayan yang dijampi Panglima Salleh malah beliau akan memberi secebis kain merah kepada setiap daripada mereka.

"Ramai beranggapan yang Panglima Salleh dan anak muridnya yang menerima cebisan kain itu kebal tetapi mengikut seorang daripada pengikutnya, mereka semua tidak kebal.

* Ada juga diceritakan beliau sendiri turut tercedera dibahu terkena tikaman tombak semasa berperang, ini menunjukan beliau tidaklah kebal sebagaimana yang diwar-warkan, perlu diingat bahawa perkara yang mencarik adat biasa terjadi kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa, jika seseorang itu kejap dan kukuh tauhidnya tulus tawakkalnya kepada Allah memang harus bagi Allah mengurniakan keramat atau maunah kepada hambaNya yang dikehendaki, para pendekar dan hulubalang islam berjuang untuk menegakkan addin atau mati dijalan Allah, syahid matlamat kita dan mereka, bagaimana mungkin pejuang islam menuntut ilmu kebal untuk mengelak diri dari mati, terlebih lagi dari mati syahid dijalan Allah..bagi saya kebalnya dari peluru, tak lut senjata berasal dari kebalnya hati dan iman dari panahan syaitan, itulah kekebalan para pejuang islam. Terkadang Allah mengurniakan kemuliaan atau menzahirkan keramat untuk mengejapkan iman hambanya, inilah rahsia kurniaan ilahi kepada hambaNya yang bertakwa.. kebalnya hati sanubari terzahir di jasad kebal dari senjata. wallahuaklam.(muhibmahbub)

"Panglima Salleh memberi cebisan kain merah dan menjampi air tempayan untuk diminum pengikutnya sebagai permainan psikologi, supaya pengikutnya lebih bersemangat dan yakin ketika bertempur. Mungkin kain merah itu diberi supaya beliau dapat membezakan pengikutnya dengan komunis apabila terkorban," katanya.

PROFIL: Kiyai Salleh Abdul Karim

* Gelaran lain: Panglima Salleh, Kiyai Salleh, Cikgu Salleh, Penghulu Salleh, Salleh Hitam, Salleh Keling

* Tahun lahir: 1916

* Tempat lahir: Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor

* Tarikh meninggal: 21 April 1959

* Sumbangan: Tokoh pejuang menentang komunis di Batu Pahat dan Muar, Johor.

Wednesday, November 24, 2010

Kata2 Hikmat Prof,Dr.Hamka.


Kata Hikmat Prof. Dr. Hamka, "Peluang yang besar itu datang secara tiba-tibadatang tidak menentu masa... datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.
Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.
Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!".

Saturday, October 30, 2010

Nak tambah cawangan..


 Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwinlagi.

 Antara alasan yang diberikannya: 

Suami  : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri    : Kenapa pula?
Suami  : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris,"satu" is one, "dua" is two, "tiga"  isteri (is three). Baru betul dansah!.
Isteri    : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris,terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami  : Berkenaan apa tu?
Isteri    : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami  : Contohnya?
Isteri    : One car sebagai singular, two carssebagai plural. Apa bezanya?
Suami  : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
 Isteri    : Betul tu. Sama juga la untuk abang
 Suami  : Macam mana pula boleh sama?
 Isteri    : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnyauntuk berkahwin lagi...

Wednesday, October 27, 2010

WHEN WE SHARE



 WHEN WE SHARE


When we share laughter,

There's twice the fun;

When we share success,

We surpass what we've done.
 



When we share problems,

There's half the pain;

When we share tears,

A rainbow follows rain.
 



When we share dreams,

They become more real;

When we share secrets,

It's our hearts we reveal.



If we share a smile,

Then our love shows;

If we share a hug,

Then our love grows.



If we share with someone

On whom we depend,

That person becomes

Family or friend.
 



And what draws us closer

And makes us all care,

Is not what we have,

But the things that we share.

Free Psychic Test Results from The Circle of Professional Clairvoyants

Free Psychic Test Results from The Circle of Professional Clairvoyants

Al-kisah kereta Kelisa

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan
sebuah kelisa putih tersadai di sebelah line kerosakan. Ada orang tua yang
berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba
menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun
berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo10 berhenti di sebelah kelisa
tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan
20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik
kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik
akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan
hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat
nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat
tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat
evo10.apa lagi,jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak
kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat
belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi high beam bagai
nak rak.Mamat evo10 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis
nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan
supaya saman kereta-kereta yg laju nie...
*
"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo10 tu dan
bagi hon dan high beam nak potong!!!"*

* *

Sunday, October 24, 2010

Macam mana nak tahu jika facebook dah kene hack?

  saya suka untuk berkongsi cara bagaimana untuk mengesan dan mengetahui jika facebook anda dah kene hack. Cara ini sangat sesuai kepada mereka yang suka memasukkan password facebook mereka di mana-mana sahaja tanpa melihat ke address bar terlebih dahulu dan menyebabkan sesuatu seperti berikut berlaku;
Add caption
Ok, sebenarnya saya terbaca blog LiewCF tentang satu teknik yang membolehkan seseorang pemilik akaun facebook mengesan jika sekiranya akaunnya diakses melalui komputer yang bukan miliknya (maknanya ada orang lain yang tahu password tersebut).

Cara mudah seperti berikut;

1.Login facebook > klik pada menu Account (belah kanan sekali tu haa)

2.Klik Account Settings > dibahagian bawah ada Account Security dan klik "change".

3.Pada Would you like to receive notifications for login from new devices? klik Yes.

4.Klik butang submit dan siap!



Kalau tak faham juga,tanya kat Rahman man ataupun kalau dah sengal sangat click saja di link ni utk paparan di youtube;
http://www.youtube.com/watch?v=8CX7yzqNsUw&feature=player_embedded

Saturday, October 23, 2010

Don`t Do This!!!! ,,kaedah D&E..(JAUHI ZINA!!!!)











Jaga pandangan mata

Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan**." (Surah An-Nur, Ayat: 30)*
*
*
*"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan
mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali
yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua
mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau
saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya**."**
* *(Surah An-Nur, Ayat: 31)**
--
**
*

Monday, October 18, 2010

5 PETUA MELAHIRKAN ANAK YG SOLEH

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah
atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu.
(Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar.
Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad
SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah
(tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang
Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan
yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada
secara langsung atau tidak langsung.

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah
berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.


Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan
sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan. 


 
Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang
ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah
ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud
du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat
keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa
permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin
zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah
daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”


 
Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini
disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni
dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.


 
Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu
atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam
hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik
sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan
antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan
dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah)
dan belas kasihan (rahmah)…”


 
Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya
membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya,
baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin
membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh
mempengaruhi jiwanya.
*
*

Saturday, September 4, 2010

Tutorial kali ini akan menunjukkan cara menghasilkan refleksi air yang real dengan agak mudah. Mudah tapi menarik. Anda akan belajar sesuatu yang baru di dalam teknik ini.


FOTO ASAL:





HASIL:





LANGKAH 1:
Pilih satu foto yang sesuai untuk diapplykan teknik refleksi air ini. Foto sebuah pemandangan mungkin paling sesuai.

Foto pilihan saya (seperti yang di atas > “foto asal”) mempunyai saiz 1024 x 512 pixel.

Cara nak cek saiz imej > buka foto dalam photoshop > klik menu Image > Image Size.


LANGKAH 2:

Buat satu fail baru. File > New (Ctrl + N).

Berdasarkan saiz imej foto pilihan, gandakan ketinggian canvas. Height foto saya ialah 512 pixel. Maka, saiz canvas saya adalah Width: 1024 pixel dan Height 1024 pixel.


LANGKAH 3:
Pergi kepada fail foto pilihan.

Select All (Ctrl + A) dan Copy (Ctrl + C).

Pastekan (Ctrl + V) ke dalam canvas yang baru dibuat tadi. Foto anda akan diletakkan di dalam Layer 1.

Dengan menggunakan Move Tool, alihkan foto anda di bahagian atas canvas.


LANGKAH 4:

Sekarang, duplicate Layer 1. Tekan Ctrl + J dan anda akan melihat Layer 1 copy.

Dengan menggunakan Move Tool, alihkan layer ini ke bahagian bawah canvas.


LANGKAH 5:

Kita akan flipkan imej di bahagian bawah untuk menampakkan kesan reflection.

Lakukan Transform. Tekan Ctrl + T. Kemudian, klik kanan dan pilih Flip Vertical daripada menu yang muncul.

Tekan Enter.

Ok. Setakat ini kita dah dapat buat imej foto asal bersama dengan refleksinya. Tetapi masih belum real lagi. Seterusnya, saya akan tunjukkan cara untuk mendapatkan riak-riak air di Layer 1 copy dengan menggunakan Filter > Glass.

Sebelum menggunakan filter tersebut, anda perlu menyediakan tekstur riak air. Jom!


LANGKAH 6:

Buat satu fail baru. Tekan Ctrl + N.

Setkan saiz width dua kali ganda daripada fail foto pilihan. Jadi, saya setkan kepada 1024 x 2 = 2048.

Untuk height, saya kekalkan pada 512 pixel (sama dengan height foto pilihan).


LANGKAH 7:

Seterusnya, masukkan noise dengan menggunakan Filter > Noise > Add Noise.

Gunakan setting seperti yang ditunjukkan di atas.

Amount: 75%, Distribution: Uniform, Monochromatic.


LANGKAH 8:

Kemudian, applykan Motion Blur. Klik Filter > Blur > Motion Blur.

Gunakan setting seperti yang ditunjukkan di atas.

Angle: 0, Distance: 60 pixels.


LANGKAH 9:

Setkan default warna. Tekan huruf D dan anda akan lihat warna hitam dan putih di toolbar.

Seterusnya, applykan Bas Relief. Klik Filter > Sketch > Bas Relief.

Gunakan setting seperti yang ditunjukkan di atas.

Detail: 10, Smoothness: 3, Light: Bottom.



LANGKAH 10:

Ok. Setakat ini kita dah dapat tekstur riak-riak air yang kita inginkan.

Sekarang, kita akan dapatkan perspektifnya pula.

Duplicate layer background. Tekan Ctrl + J.

Kemudian, tekan Ctrl + T. Klik kanan dan pilih Perspective daripada menu yang muncul.

Gerakkan bahagian atas kotak transform untuk mengecilkan bahagian atas. Lihat imej di atas.


LANGKAH 11:

Cropkan bahagian yang terlebih selepas proses transform Perspective tadi.

Gunakan Crop Tool (C) yang dipilih daripada toolbar.

Buat kotak seperti di atas dan tekan Enter untuk melakukan Crop.

Savekan fail ini dan saya namakannya riak_air.psd.

Lepas save, boleh close fail riak_air.psd tadi.


LANGKAH 12:

Pergi semula kepada fail yang sebelum ini.

Select Layer 1 copy.

Klik kanan pada layer tersebut dan Convert to Smart Object.


LANGKAH 13:

Sekarang, klik menu Filter > Distort > Glass.

Setkan seperti yang di atas atau mengikut kesesuaian imej anda.

Saya setkan Distortion: 6, Smoothness: 2, Texture: riak_air.psd (fail tekstur yang dibuat tadi), Scaling: 0.

Klik OK.


LANGKAH 14:

Ok. Rehat sekejap dan lihat hasil setakat ini. Lihat imej di atas.

Perhatikan riak-riak air yang terhasil.

Perhatikan juga thumbnail Smart Filter pada Layer 1 copy. Smart Object yang dibuat pada Langkah 12 tadi akan menyebabkan terhasilnya Smart Filter. Gunanya? Anda boleh edit semula setting filter yang diapply tadi. Hanya perlu double-click pada perkataan”Glass” dan boleh tukar nilai setting.


LANGKAH 15:

Setakat ini, riak-riak air pada imej adalah terlalu sekata dan tiada depth. Maksudnya, kepekatan efek tersebut adalah sama. Realitinya, kalau kita tengok riak air yang jauh daripada diri kita, ianya seolah-olah macam pudar sedikit.

Jadi, kita akan betulkan kesan ini pada Smart Filter Glass tadi.

Setkan warna foreground pada 50% gray (dapatkan dari dalam panel Swatches) dan warna background pada putih.

Pilih Gradient Tool di dalam Toolbar. Setkan pilihan gradient Foreground to Background.

Klik pada thumbnail Smart Filter.

Kemudian, applykan Gradient pada canvas. Lihat imej di atas.

Itu sahaja. Siap!


Senangkan: Rahman Man

Saturday, August 28, 2010

buat para isteri

Subject: Dosa gugur apabila isteri bersalam dengan suami







*Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam*






Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang


bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia


dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira


kepada suaminya dan memohon kerelaannya."






Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana


senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki


suami ketika pulang dalam keletihan.






Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan


menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga


isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan


daripada suami.






Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila


suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat


dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun


isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.






Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan


isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.






Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan


ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada


orang tua.






Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.


Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya


terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam


rumahtangga.


Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri


yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.






Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk


seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara,


ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan


suaminya."






Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari


keredhaan Allah melalui keredhaan suami.


======================================================================


= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :






"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir


kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan


dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."






--