mangsa meriam

mangsa meriam

Saturday, August 28, 2010

ketagih facebook

Kepada kaki - kaki facebook hehe




"Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh siapkan makan?" Tanya Ali

kepada isteri yang sedang berada di bilik.



"Kejap, bang. Sayang tengah bagi 'kambing' makan ni." Jawab Aminah,

sambil terus melayan ternakan virtual dalam facebook, permainan yang

digilai ramai orang,



"Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena tunggu pulak?" Leter

suami yang setiap hari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekat

dengan facebook.



Sejam kemudian aminah pergi ke dapur. Didapatinya pinggan bekas makan

suami dalam sinki dan sebuah kuali di atas dapur. Suami, seperti

biasa, menggoreng sendiri telur untuk dijadikan lauk kerana tidak

dapat menahan lapar menunggu hidangan isteri.



"Mama, tolong Amar buat karangan ni. " Rayu Amar kepada ibunya,

Aminah malam itu.



"Amar buat dulu. Kejap lagi mama datang." Jawab ibunya. Aminah masih

meneruskan hobi melayan kawan2 lama dalam facebook.



Dua jam kemudian, selepas Aminah menutup komputer didapatinya Amar

sudah tertidur menangkup atas buku tulis dengan pensel di tangan.

Karangannya tidak habis ditulis. Terlalu lama menunggu mama yang

tidak kunjung datang membantu.



Aminah adalah salah seorang dari jutaan manusia yang menjadi mangsa

ketagihan facebook. Kes ketagihan facebook semakin parah dalam

masyarakat barat dan kini menyusupi masyarakat Malaysia yang menyerang

bukan saja



anak2 muda malah warga emas yang menghabiskan masa berjam2 menulis dan

menjawab status kawan2.



Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia

menyedut berjam-jam masa produktif yang sepatutnya digunakan untuk

melunaskan amanah dan tanggungjawab. Bagi pelajar masa yg sepatutnya

untuk membuat kerja sekolah, membuat assignment, membaca buku terbuang

begitu saja kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih kepada

facebook untuk melegakan perasaan.



Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook. Waktu

beribadah tahajjud pun boleh turut terjejas kerana tarikan facebook.



Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang

bandar jam 8 malam yang biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda

di ruang keluarga sambil menonton tv kini masing2 menghadapi facebook

di tempat masing2. Ibu dan ayah dg laptop masing2 di bilik. Anak2 di

bilik mereka atau di ruang tamu dan masing2 punya laptop sendiri.

Tiada bunyi, tiada suara kecuali bunyi keyboard dan suara bibik

sedang mencuci pinggan di dapur.



Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berko mun ikasi sesama sendiri.



Yang malangnya setiap orang sedang berfacebook dengan kawan2 masing

dan ahli keluarga tidak termasuk dalam senarai yang di 'add' sebagai

'friends'



dan tiada 'mutual friends' di kalangan ahli keluarga.



Ciri-ciri ketagihan facebook:



1. Tidak dapat berenggang dg. internet



2. *Terus mencapai facebook sebaik saja bangun* dari tidur, *sampai di

pejabat* atau sampai di rumah.



3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,



4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline



5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv



6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.



7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.



8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.



9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.



10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang

tiada internet.



Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan

keluarga, mencari teman2 lama atau siapa saja yg ingin dihubungi

sekiranya tidak dapat dihubungi dg tel. Adakalanya pada waktu2

kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.



Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi



anak2 generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana

mereka lebih suka duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan2

dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam

realiti.



Sesuatu yang baik itu boleh digunakan untuk keburukan jika kita mahu.



Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya

kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang

mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya,

orang lain dan alam seluruhnya.

No comments:

Post a Comment